Welcome to Official Site of Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman

Badan Dakwah dan Kepemimpinan Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman

Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman

Majlis Suai Kenal Al-Rahman 2018

Alhamdulillah, tahun 2018 telah membuka tirainya. Begitu juga dengan sesi persekolah di Al-Rahman. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan dan juga hari suai kenal dengan para ibu bapa. Untuk pengetahuan semua, sekolah Al-Rahman menaungi 3 sesi persekolahan, iaitu Sekolah Menengah Agama Tinggi(SMAT). Sekolah Rendah Islam(SRI) dan KAFA Integraasi. 


Pada tahun ini sekolah Al-Rahman telah menerima seramai hampir 200 orang pelajar baru yang merangkumi pelajar tahun 1 dan juga tingkatan 1. Semoga generasi ummah yang bakal lahir dari Al-Rahman akan memberi manfaat kepada agama. masyarakat dan negara. Amin ya rabbal alamin.



Hari Anugerah Kecemerlangan Smatar 2017.

Pada 6 Mei 2017 yang lalu telah diadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Agama Tinggi AL Rahman. Majlis berlansung dengan gilang gemilahng dengan adanya bantuan daripada Pihak luar yang menaja barangan teknikal.
Bahagian Teknikal Dewan
Anugerah disampaikan oleh Ustaz Iqbal Selaku Pemangku Pengetua , Ustzh Noraini selaku Pengetua Sekolah ,dan Ustaz Shafie selaku pengerusi Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman.
Ustaz Shafie selaku Pengerusi Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman

Ustaz Iqbal selaku Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman
Ustazah Noraini Selaku Pengetua Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman

Minggu Ko-kurikulum Smatar 2017

Alhamdulillah, Pada 11,12,13,14,15 April yang lalu telah berlansungnya minggu ko-kurikulum Smatar bagi tahun 2017 yang mana terdapat tiga acara gabungan yang dijalan kan pada minggu ini Iaitu Minggu Bahasa , Sukan Sekolah dan Amal Islami.

Pasukan Kalam Jamaie

 Seterusnya terdapat juga acara sukan yang mana dijalankan di Padang Cheras Perdana yang mana berlaku selama dua hari bagi acara sukaneka dan sukan padang.

Sesi Regangan yang berlaku sebelum acara sukan

Acara dewan juga tidak ketinggalan yang mana antara acara yang dipertandingkan ialah debat ala parimen.
Acara debat parlimen
Semoga peserta yang mengikuti acara mendapat input yang baik demi masa depan mereka.
Aminnn

Kejohanan Mtqss Zon Tengah Hulu Langat 2017

Pada 11 Mac 2017, Sekolah Menegah Agama Tinggi Al Rahman telah menghantar wakil sekolah bagi semua acara yang dipertandingkan di MTQSS peringkat zon tengah Hulu Langat. Sebanyak 14 sekolah yang disenarai sebagai peserta pertandingan dan saingan terlalu sengit. 

Sebahagian daripada peserta yang mewakili sekolah
Alhamdulillah berkat usaha pelajar membuat latihan dan dorongan dari para guru dan pihak lain maka saingan yang sengit dapat diberikan kepada semua peserta daripada sekolah lain malah Peserta dari Al Rahman berjaya membawa pulang tiga Piala.
Adik Zulaikha yang menjadi Naib Johan Bagi Acara Tilawah

Adik Nasru yang menjadi johan bagi acara Hafazan

Adik Asma Nadhirah yang menjadi Naib Johan bagi acara Hafazan
Peserta daripada Al Rahman yang lainnya juga memberikan saingan yang sengit di kejohanan tetapi mungkin rezeki tidak menyebelahi mereka tetapi mereka tetap bergelar juara di Hati semua Warga Al Rahman.

Terima kasih juga kepada semua Guru Pengiring , Ustaz Iqbal, Ustaz Yusuf, Ustaz Shami , Ustazah Hazila, Cikgu Syuhada dan Cikgu Syamila.

Pertandingan Keceriaan Kelas 2017



Pada hari ini berlansungnya Hari Penyampaian Hadiah bagi pertandingan 3k yang mana pelajar dinilai dari sudut kekemasan kelas ,Sudut Bacaan , Sudut Ilmu dan sebagainya.

Kelas 1 Ibnu Sina Yang memenangi satu kategori diwakili oleh penolong ketua kelas.
Pada bulan Februari keseluruhannya dimenangi Oleh kelas 3 Al Razi yang sememangnya kelas mereka penuh dihiasi dengan pengisian Ilmiah dan sudut yang dipenuhi dengan input2 keilmuan..

Semoga keceriaan kelas kalian terus berkekalan sehingga akhir tahun..Aminnn.

Pelajar kelas tingkatan 4 yang memenangi satu kategori.


Majlis Sukan Daerah Hulu Langat. ( Merentas Desa )

Dengan Izin Allah pada hari Selasa Bersamaan 24 Januari 2017. Smat Al Rahman telah menghantar beberapa orang perwakilan pelajar ke Maeps Serdang bagi menyertai acara Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Langat.

Peserta lelaki dari Smat Al Rahman

 Alhamdulillah, Kesemuanya Putera Dan Puteri Smatar berjaya menghabiskan larian mereka. Walau tidak membawa sebarang pingat , Kesanggupan dan kegigihan kalian itu sangat dihargai.

Peserta Muslimat dari Smat Al Rahman

Semoga Ianya memberi impak yang baik buat kehidupan kalian semua.




Majlis Kecemerlangan Sma 2016

Alhamdulillah.. Pada pagi Jumaat 20 Jan 2017 telah diadakan majlis kecemerlangan Keputusan Sma 2016.

Pengerusi Al Rahman Sedang menyampaikan ucapan tahniah kepada Calon.



Jutaan Tahniah diucapkan kepada Adik Ainin Nadiah Hishamuddin diatas kecemerlangan nya mendapat Pangkat MUMTAZ dengan peratus 90% secara keseluruhan.

Adik Ainin Nadiah Menerima Keputusan Mumtaz

Tahniah juga diucapkan kepada semua calon kerana berjaya meningkatkan keputusan Sma berbanding tahun sebelumnya.

Semoga kejayaan yang diperolehi menjadi penguat semangat bagi Adik2 yang lain untuk terus lebih berusaha dan terus maju kehadapan..Aminnn.

Wajah Kegembiraan Pelajar Selepas Menerima keputusan

Senarai Nama Pelajar Cemerlang