Nama Al-Rahman diambil daripada sifat Allah S.W.T iaitu yang bermaksud Maha Pemurah. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemurah dalam memberikan rezeki kepada hambaNya terutama dalam bentuk Pengetahuan.

Tulisan Khat jenis Kufi dipilih kerana bersesuaian dengan sifat kemodenan yang ditonjolkan selaras dengan method pembelajaran di sekolah yang mengutamakan keseimbangan pembelajaran secara tradisional dan moden.

Al-Quran yang terbuka memberi makna, matlamat Al-Rahman untuk melahirkan generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pegangan hidup.

Simbol planet diletakkan di sebelah Al-Quran melambangkan penekanan Al-Rahman dalam bidang Profesional seperti Sains dan Teknologi sebagai bukti kebenaran Al-Quran seiring dengan penekanan ilmu Agama yang merupakan dalil Asas sesuatu Ilmu dan CiptaanNya.