Majlis Keputusan Sijil Menengah Agama

Sijil Menengah Agama (SMA) adalah peperiksaan awam yang diduduki oleh semua pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Negeri Selangor di seluruh Selangor. Peperiksaan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
SMA adalah sijil agama peringkat menengah yang menggunakan sukatan pelajaran daripada universiti Al-Azhar, dan SMA juga diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa sekarang pengambilan untuk kursus persediaan Program Ijazah Perguruan di Institut Pendidikan Guru juga menggunakan Sijil SMA.
Alhamdulillah, pada tahun lepas SMATAR telah mencapai keputusan 1 Mumtaz, 6 Jayyid Jiddan dan 6 Jayyid. Peratus keseluruhan sebanyak 82.9 %. Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah berusaha dengan cemerlang.