Ihtifal Ilmiah dan Sukan 2015

Alhamdulillah, pada 31 Mac hingga 03 April 2015 yang lalu, telah berlangsungnya Ihtifal Ilmiah dan Sukan bagi Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman yang melibatkan semua pelajar sekolah dan guru. Program ini dijalankan selama empat hari bermula hari Selasa dan berakhir pada hari Jumaat. Kesemua acara telah disusun mengikut kesesuaian hari dan waktu yang melibatkan perlawanan antara rumah sukan.
Pertandingan Sukaneka di antara Rumah Sukan
Antara acara sukan yang dipertandingkan ketika program dijalankan adalah seperti berikut;
1) Merentas desa
2) Pertandingan bola sepak 
3) Pertandingan pingpong
4) Pertandingan bola jaring
5) Sukaneka
Acara Perbarisan oleh Rumah Sukan
Peserta-peserta lelaki yang terlibat bagi acara sukan
Peserta-peserta perempuan yang terlibat bagi acara sukan
Manakala acara ilmiah yang dipertandingkan adalah seperti berikut;
1) Petandingan nasyid (lelaki sahaja)
2) Pertandingan tilawah al-Qur'an dan Hafazan
3) Pidato Bahasa Melayu
4) Syarahan Bahasa Arab Dan Bahasa Inggeris
5) Petandingan Kebudayaan dan Kesenian
Merentas Desa mengikut laluan yang telah ditetapkan
Pertandingan Sukaneka antara Rumah Sukan
Kesemua rumah sukan menjayakan program ini dengan semangat bersatupadu dan berpuas hati dengan keputusan yang telah diumumkan ketika majlis penutup hari sukan dan ilmiah. Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.