Majlis Penutup Ihya Ramadhan Peringkat Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman 2016

                Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan karunianya pada tarikh 1 Julai 2016 dapat kami semua warga Al Rahman memeriahkan bulan ramadhan secara bersama dengan mengadakan pelbagai ibadah yang diadakan sepanjang ramadhan. Bermula dengan Tadarus Al Quran yang diadakan pada setiap pagi waktu persekolahan sehingga kepada acara Khatam Al Quran yang diadakan pada 1 Julai 2016 pada acara penutup Ihya Ramadhan.

Pelajar Al Rahman yang setia mendengar kalam taujhat





                                                                                                                                                                  Acara penutup Ihya Ramadhan ini dimulai dengan ucapan perasmian penutup yang disampaikan
Ust Shafie Memberi Ucapan
oleh bebebrapa individu yang banyak memberikan komitmen didalam menjayakan program ini antaranya Pengetua sekolah Ustazah Noraini dan juga Pengerusi Sekolah yakni Ust haji Shafie Bin Haji Juri. Ust Shafie sangat berpuah hati dengan perlaksanaan program ini dimana melalui program ini pelajar Al Rahman banyak didedahkan dengan Ibadah-ibadah yang kerapkali dilakukan pada bulan Ramadhan. Acara juga diserikan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan sepanjang bulan ramadhan diantaranya ialah Musabaqah Al Quran dan juga Kuiz Thaqofah Ramadhan.

            Tahniah diucapkan kepada Adik Hariz dan Adik Atiqah  yang kini tingkatan 5 kerana memenangi acara musabaqah Al Quran dengan berjaya menghafaz 3 Juzuk Al Quran secara lengkap. Dan juga tahniah diucapkan kepada beberapa individu yang memenangi acara kuiz yang terdiri daripada semua Tingkatan. Semoga kelansungan ibadah yang dijalankan sepanjang bulan Ranmadhan ini diteruskan sehingga ke hari-hari seterusnya dan menjadi asbab kepada mereka untuk layak dianugerahkan sebagai Ahli Syurga..Aminnn
Adik Hariz yang merupakan juara bagi pertandingan Musabaqah Al Quran



.