Majlis Suai Kenal Al-Rahman 2018

Alhamdulillah, tahun 2018 telah membuka tirainya. Begitu juga dengan sesi persekolah di Al-Rahman. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan dan juga hari suai kenal dengan para ibu bapa. Untuk pengetahuan semua, sekolah Al-Rahman menaungi 3 sesi persekolahan, iaitu Sekolah Menengah Agama Tinggi(SMAT). Sekolah Rendah Islam(SRI) dan KAFA Integraasi. 


Pada tahun ini sekolah Al-Rahman telah menerima seramai hampir 200 orang pelajar baru yang merangkumi pelajar tahun 1 dan juga tingkatan 1. Semoga generasi ummah yang bakal lahir dari Al-Rahman akan memberi manfaat kepada agama. masyarakat dan negara. Amin ya rabbal alamin.