Jaulah Ilmiah ke Kelantan Darul Naim

Pada 22 April 2015 sehingga 24 April 2015 yang lalu,seramai 70 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman mengikuti lawatan sambil belajar selama tiga hari dua malam yang bertempat di Kelantan Darul Naim.


Pada 22 April 2015 bertempat di Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman, semua peserta berkumpul di perkarangan sekolah pada waktu malam.Tepat pukul 10.00 malam, bas sekolah bertolak dari sekolah ke Kelantan.



Keesokan hari, para peserta bertolak ke distinasi yang dituju iaitu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya NilamPuri (APIUM). Setelah tiba di diAPIUM, kami berkumpul di dewan APIUM untuk mendengar taklimat daripada pihak APIUM berkaitan institut berkenaan. Setelah selesai taklimat, kami dibawa ke perpustakaan. Seterusnya para peserta bertolak ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).Setelah tiba di KIAS, kami berkumpul di dewan KIAS untuk mendengar taklimat daripada pihak KIAS. Selepas itu,kami dibawa oleh pihak KIAS mengunjungi Masjid Kampung Laut.


Kemudian, kami dibawa ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk berehat dan melihat laut yang indah serta pemandangan yang tenang ciptaan tuhan.Seterusnya, kami bertolak ke Masjid Muhammadi untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Selepas itu, kami bertolak ke Wakaf Che Yeh untuk menjamu selera di restoran dan berjalan-jalan di pasar malam untuk membeli cenderamata dan lain-lain.




Pada 24 April 2015 iaitu hari terakhir kami berada di Kelantan, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu tepat jam 8.00 pagi. Di sana, kami mengunjungi distinasi yang terakhir iaitu kawasan bebas cukai Rantau Panjang untuk membeli belah barang-barang seperti kain,cenderamata dan sebagainya untuk kenang-kenangan.Selepas itu,kami kembali ke dalam bas untuk meneruskan perjalanan pulang ke sekolah.Sebelum bertolak balik,kami singgah ke kedai keropok lekor untuk membeli keropok lekor serta keropok-keropok lain.


Seterusnya,kami semua singgah di perhentian GuaMusang untuk menunaikan solat Asar dan Maghrib serta Isya.Setelah selesai menunaikan solat,kami bertolak ke sekolah dan sampai tepat jam 2.00 pagi.Semua peserta kelihatan penat namun berasa seronok dan berpuas hati dengan lawatan tersebut.