Majlis Pelancaran Perpustakaan Al-Rahman


Perpustakaan Al-Rahman merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para pelajar SRI, SMAT dan guru-guru. Antara peranan penting perpustakaan Al-Rahman adalah membentuk profesion perguruan dan golongan pelajar yang berilmu, kreatif, inovatif dan berdisiplin supaya dapat memainkan peranan positif.

Bermatlamatkan mengoptimumkan penggunaan perpustakaan AL-Rahman dalam kalangan warga SMATAR, pihak pengurusan pusat sumber telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Pelancaran Perpustakaan Al-Rahman secara rasmi yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman, Tuan Haji Mohd Syafie Bin Haji Juri pada hari Isnin 13 April 2015 di Perkarangan Al-Rahman.

Mengikut perancangan pihak pengurusan Perpustakaan Al-Rahman, antara program yang akan dijalankan pada tahun ini antaranya, Kempen "1 Keluarga 1 Buku", Keceriaan Pusat Sumber Al-Rahman, Program Nilam, "Dakwah dengan pena", serta jualan "Bookstore".

Semoga segala perancangan dan usaha yang sedang berjalan ini mendapat keredhaan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.