Tahniah kepada semua calon SMA 2015!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan kurniaannya dengan sebuah lagi kejayaan kepada Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman pada tahun 2015. Kejayaan yang dimaksudkan tersebut ialah kejayaan para pelajar tingkatan empat di dalam peperiksaan SMA atau Sijil Menengah Agama. 


Sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, SMAT Al-Rahman telahpun melakar sejarah kerana berjaya melahirkan ramai calon-calon SMA yang mendapat pangkat Mumtaz dan Jayyid Jiddan. Pada tahun ini pula, seramai 2 orang pelajar telah mendapat pangkat Mumtaz, 9 orang pelajar mendapat pangkat Jayiid Jiddan, 11 orang mendapat pangkat Jayyid.

Mungkin ramai yang bertanya, apa pentingnya Sijil SMA. Untuk penetahuan semua, SMA adalah silibus daripada Universiti Al-Azhar yang telah dikompakkan sebagai persediaan menduduki peperiksaan STAM (sijil Tinggi Agama Malaysia). Oleh yang demikian, subjek-subjek yang ada di dalam SMA tidaklah semudah yang disangka dan memerlukan ketekunan hafazan dan kefahaman yang agak tinggi untuk menguasainya.


Pada kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kepada semua para ibu bapa yang telah bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha untuk mencapai kejayaan ini. Tanpa kerjasama daripada ibu bapa di rumah, sudah tentu kejayaan seperti ini sukar untuk dicapai.


Bagi semua calon-calon yang telah berjaya, ingatlah bahawa kejayaan tersebut adalah anugerah dari Allah Taala. Peliharalah sebaik mungkin. Kekalkanlah untuk masa-masa yang mendatang. Jadikan kejayaan pada hari ini sebagai azimat melakar lebih kejayaan di masa hadapan.