Aktiviti Pelajar Pada Waktu Pagi: Hafazan dan Qiraat

Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, Sekolah Menengah Agama TinggiAl-Rahman telahpun memulakan sesi pembelajaran bagi tahun 2016 dengan penuh kelancaran. 

Di sini, dikongsikan sebahagian daripada aktiviti wajib setiap bagi SMAT Al-Rahman iaitu Membaca Al-Quran dan Hafazan di dewan sekolah. Juga, para pelajar akan sama-sama mendirikan solat sunat Dhuha secara berjamaah. 


Rutin ini telahpun dipraktikkan sejak dari penubuhan sekolah ini lagi bagi menggarap barakah Ilahi di dalam sesi pembelajaran yang akan diteruskan nanti, Insya Allah. Selain itu juga, amalan solat sunat dhuna ini juga sinonim dengan 'rezeki' yang mana ilmu itu juga adalah rezeki daripada Allah Taala. Justeru, solat dhuha yang didirikan bertujuan bagi menarik ilmu dan keberkatannya. Amin.


Begitu juga dengan Sekolah Rendah Islam Al-Rahman, rutin harian setiap pagi ialah Bacaan Al-Quran dan Iqra selama satu jam setiap sebelum memulakan sesi pembelajaran. Bagi pelajar yang masih belum mampu menguasai pembacaan Al-Quran, maka mereka akan dimasukkan ke kelas Iqra terlebih dahulu.


Para pelajar akan dibahagikan ke dalam kumpulan bagi membolehkan pengajaran yang leboh fokus dan efisyen. Alhamdulillah, melalui kaedah Iqra yang menggunakan 6 jilid buku rujukan, telah ramai pelajar yang boleh menguasai pembacaan Al-Quran dengan bimbingan guru-guru.


Semoga anak-anak didik Al-Rahman akan terus berusaha dan berjaya bagi mengharungi liku-liku 'kehidupan' sebagai pelajar pada tahun ini. Doa daripada ibu bapa di luar sana amatlah diharapkan bagi memberikan lagi semangat kepada anak-anak seterusnya membolehkan mereka mencapai kejayaan yang diharapkan, amin..