Sambutan Hari Kecemerlangan Guru Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman

                    Alhamdulillah..Bersyukur kepada Allah, kerana dengan izinnya pada hari Sabtu bersamaan 14 Mei 2016 telah diadakan satu majlis khas yang dibuat untuk meraikan para guru Al Rahman yang sudah hampir setahun bertungkus lumus mendidik anak2 Mulia Al Rahman. Majlis berlansung dengan begitu meriah yang mana bertempat di Cyberview Resort Cyberjaya. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid, dikir barat dan beberapa lagi slot menarik yang dirancang sesama guru.
Guru Lelaki Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman 


                Tahniah Diucapkan Kepada Cikgu Muslihati Binti Pardi kerana dinobatkan sebagai Guru Terbaik bagi peringkat Sekolah Menengah.
Dinukilkan daripada kata Ust Shafie Selaku Pengerusi Sekolah
" Kesemua guru merupakan guru yang baik, yang telah menjalankan tugas dengan terbaik, Terima kasih kepada semua guru yang sudi mendidik di Al Rahman."
Keseluruhan Guru Di Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman
Terima Kasih padamu Cikgu..
JASAMU akan ku kenang selalu..