Karnival Dakwah Zon Tengah, Kajang

Alhamdulillah dengan Izin Allah beserta usaha Anak peserta daripada Smat Al-Rahman maka mereka dapat mengambil bahagian di dalam acara Mtq peringkat Zon Tengah Kajang yang berlansung di Sekolah Menengah Kebanngsaan SAAS di kajang buat pertama kalinya di dalam sejarah Al-Rahman.

Dengan menghantar 10 peserta yang mewakili didalam 7 acara, prestasi anak-anak Al Rahman sangat membanggakan dengan membawa pulang dua kejayaan yang sangat bermkna yakni :

1 : Johan tilawah Alquran peringkat muslimat
2 : Ketiga bagi hafazan lelaki peringkat muslimin

Bertanding bersama 14 buah sekolah lain yang sangat berpengalaman, kejayaan dan usaha yang dilakukan oleh anak-anak Al-Rahman sangat membanggakan. InsyaAllah jika punya ruang dan waktu Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman akan menghantar lagi penyertaan bagi mendedahkan anak-anak Al Rahman dan memanfaatkan bakat yang mereka ada.

Ilmu dan kemahiran adalah sesutau yang dituntut dalam Islam. Sebagai seorang pelajar Muslim, adalah menjadi suatu tuntutan untuk menguasai ilmu dan kemahiran.

Bagi peserta yang tidak mendapat kejayaan secara zahir melalui pingat dan penghargaaan, Jangan bersedih kerana usaha kalian lebih bermakna daripada segalanya buat kami semua. 
Sebagai menghargai penglibatan semua peserta yang terlibat, pihak skeolah dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha dan komitmen yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan di masa yang mendatang.

Memetik kata-kata tuan pengerusi Sekolah Menenagh Agama Tinggi Al-Rahman:

“Didikan agama adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian selain pencapaian cemerlang dalam akademik. Pembangunan yang seimbang hanya mampu dicapai sekiranya masyarakat hari ini berjaya menguasai bidang agama dan pada  masa yang sama mencipta kejayaan dalam bidang profesional”
Insya Allah, inspirasi ini akan terus dizahirkan selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran.
Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah dilakukan, Insya Allah.