Majlis penyerahan keputusan SPM 2015

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kejayaan yang cemerlang keapda semua calon-calon SPM 2015 Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman. 

Tanggal 4 Mac 2016, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman, pihak sekolah telah mengadakan majlis khas bagi meraikan kejayaan para pelajar Al-Rahman di dalam peperiksaan SPM 2015. 



Untuk pengetahun umum, pada tahun ini, sebuah lagi kejayaan telah ditempa oleh Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman dengan kejayaan mendapat 9A, 8A, 7A dan juga 5A dan 4A Alhamdulillah!

Majlis penyerahan keputusan SPM 2015 telah dirasmikan oleh Tuan Pengerusi Sekolah-sekolah Al-Rahman, Tuan Haji Shafie Bin Haji Juri. Turut menyampaikan keputusan, Pengetua Sekolah-sekolah Al-Rahman, Puan Hajjah Noraini Binti Osman.

Semoga kejayaan yang tertempa ini menjadi semangat kepada bakal-bakal pelajar SPM untuk terus mengikut jejak langkah ini. Doa kami guru-guru Al-Rahman, semoga apa yang telah ditimba di sekolah selama ini akan terus menjdai panduan menempuh ranjau kehidupan yang penuh berduri di masa hadapan. 

Usah biarkan kejayaan pada hari ini menjadi kealpaan kepada diri. Ingat Allah walau di mana jua berada. Sesungguhnya Alllah itu pemilik segala kejayaan.

Teruskan perjuangan walau di mana sekalipun berada. Ingatlah bahawa, kejayaan pada hari ini, tidak menjamin kejayaan pada hari esok. Semoga Allah merahmati semua anak-anak didik Al-Rahman, amin ya rabbal a'lamin.