Hari Sukan Peringkat Sekolah Menengah Agama Tinggi Al Rahman

                    Alhamdulillah , Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan karunianya dapat lagi Anak-anak Al Rahman berukhuwah bersama Guru-Guru Al Rahman didalam menikmati kemeriahan Hari Sukan Peringkat Al Rahman yang berlansung pada 5 Mac - 8 Mac 2016. Ianya berlansung selama tiga hari yang mana merangkumi banyak acara daripada acara ilmiah dan acara padang. Hampir dua puluh acara yang dipertandingkan yang mana melibatkan hampir keseluruhan pelajar Al Rahman daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan lima.

             Telah berakhirnya Hari Sukan Smatar sesi 2016 dengan keputusan seperti berikut.

Rumah Merah : Johan
Rumah Kuning : Naib Johan
Rumah Hijau : Tempat Ketiga
Rumah Biru : Tempat Keempat


Alhamdulillah , diminta kepada semua Anak2 Al Rahman selepas ini teruskan semangan kesukanan kalian dan aplikasikan semangat itu untuk kehidupan akademik masing2..

Semoga kejayaan yang kamu bawa di hari sukan ini dibawa juga kepada kehidupan akademik kalian.

" Kejayaan Kalian Harapan Kami. "